NADI MAHIR Masak intake 4 – sesi 1_2
22 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2026, telah berlangsung NADI MAHIR Masak intake 4 – sesi 1 Modul 2. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09.30 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Cikgu MAHIR menerangkan etika pemakaian jika kita hendak memasak iaitu perlu memakai apron, pastikan tangan sentiasa bersih dan tidak mempunyai aksesori yang seperti jam. Guru MAHIR juga menerangkan fungsi satu demi satu peralatan memasak yang disediakan di NADI untuk kegunaan peserta. GURU MAHIR Masak menerang mengenai tugasan yang perlu dilengkapkan oleh peserta untuk lulus kursus MAHIR Masak ini iaitu perlu menghantar hanya satu sahaja tugasan pada sesi ini.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu peserta menambah pendapatan dengan kemahiran memasak dalam skala kecil. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: